DASAR KUALITI
“Pejabat Daerah dan Tanah Gombak akan memberi perkhidmatan berkualiti dalam hal pengurusan pentadbiran dan kewangan , pengurusan peruntukan projek-projek kecil luar bandar serta pengurusan pentadbiran tanah bagi memastikan pelanggan mendapat manfaat berkualiti secara berterusan “.
Penerangan Dasar Kualiti
“ Memberi perkhidmatan berkualiti dalam :-
- pengurusan pentadbiran dan kewangan”
- projek-projek kecil luar bandar”
- pengurusan pentadbiran tanah
Bahagian Khidmat Pengurusan memberi perkhidmatan menyeluruh yang merangkumi Pengurusan Pentadbiran/Perkhidmatan/Kewangan dan mematuhi semua peraturan serta keperluan pelanggan.
Bahagian Pembangunan memberi perkhidmatan menyeluruh yang merangkumi Pengurusan peruntukan projek-projek kecil luar bandar.
Bahagian Pengurusan Tanah memberi perkhidmatan menyeluruh merangkumi pengurusan pentadbiran tanah.
“Mendapat manfaat berkualiti”
Pelaksanaan kerja yang sistematik bagi memudahkan urusan dalaman dan urusan pelanggan.
“Secara berterusan”
Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pengurusan Tanah akan memastikan keberkesanannya dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam Mesyuarat Pengurusan, Jawatankuasa ISO, Mesyuarat Jabatan serta Mesyuarat Bahagian demi kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan yang berterusan selaras dengan keperluan MS ISO 9001 : 2008.
Kemaskini pada 2019-02-21 14:36:57 daripada Administrator