Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

LIFT, PAM DAN TANGKI AIR ROSAK - 21.10.2016

Lif, pam tangki air rosak

AMPANG - Penduduk di beberapa pangsapuri kos rendah di Ampang Jaya memohon kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mengambil perhatian serius terhadap beberapa isu serta aduan berkaitan masalah fasiliti di kawasan tersebut.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Taman Ampang Mewah, Ab Rahim Monel berkata, pangsapuri yang mempunyai tiga blok setinggi 14 tingkat itu kini menghadapi masalah kerosakan lif.

“Kawasan ni ada dua lif, tapi hanya satu saja yang berfungsi, kita khuatir penduduk akan berhadapan kesukaran bila semuanya rosak.

“Sebelum ni pernah dua-dua lif rosak, masa tu pula ada seorang penduduk perlu dapatkan rawatan dialisis...tapi sebab dua lif tak berfungsi terpaksalah minta bantuan anggota bomba dan penyelamat untuk bawa turun penduduk itu,” katanya.

Menurutnya, pangsapuri berkenaan pernah berhadapan dengan masalah pam tangki air.

“Bekas Ahli Parlimen Pandan, Tan Sri Ong Tee Keat pernah beri pam tangki air ketika penduduk berhadapan dengan masalah itu.

“Masa tu, kedua-dua pam tak berfungsi, kita mohon bantuan daripada beliau, mujurlah dia beri sebuah pam...sekarang ni hanya tinggal satu saja pam rosak,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, beliau meluangkan masa melawat Pangsapuri Taman Ampang Mewah, Pangsapuri PKNS Kampung Tasek Tambahan dan Pangsapuri Seri Intan untuk melihat sendiri dan mendengar aduan yang dibangkitkan penduduk.

“Untuk Pangsapuri PKNS Kampung Tasek Tambahan...Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar telah umumkan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk baik pulih bumbung dan kerja penyelenggaraan lain di pangsapuri ini.

“Masalah lif di Pangsapuri Seri Intan pula akan diusulkan kepada menteri berkenaan, masalah sama turut dibangkitkan penduduk di Pangsapuri Ampang Mewah, malah mereka turut mohon bantuan satu lagi pam tangki air, setakat ini hanya satu pam sahaja berfungsi di setiap blok, jika ia rosak akan timbulkan masalah bekalan air untuk penduduk di kawasan itu,” katanya.


Kemaskini pada 2016-10-28 10:29:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2019 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 1167261 Tarikh Kemaskini : 19-09-2020