Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

JALAN DEPAN SEKOLAH TERLALU SIBUK - 23.10.2016

Jalan depan sekolah terlalu sibuk

 

RAWANG - Kerajaan perlu menyediakan jalan alternatif bagi penduduk Kuala Garing dan sekitarnya bagi mengurangkan penggunaan laluan di hadapan sekolah yang menjadi laluan utama mereka sejak kawasan itu dibuka sehingga kini.

Terdapat empat sekolah berada di kawasan itu iaitu Sekolah Kebangsaan Rawang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang, Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Garing.

Yang Dipertua PIBG SMK Seri Garing, R Balasubramaniam berkata, sebanyak tiga cadangan laluan boleh dibuka bagi mengurangkan kesesakan di jalan hadapan sekolah itu.

“Paling mudah adalah di jalan Sungai Dua, cuma perlu sambung kedua-dua jalan dengan jejambat atas laluan kereta api yang jaraknya kurang 500 meter. Kita harap projek itu disegerakan kerana cadangan itu dibuat sejak zaman BN lagi tapi sehingga kini projeknya tiada perkembangan.

“Dua lagi akses jalan yang boleh dibuat adalah penggunaan rizab di belakang SJK (T) Rawang dan juga laluan masuk melalui Bukit Rawang Jaya berhampiran pejabat Pos Laju,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil serius cadangan projek perumahan dan laluan akses bagi mengelakkan kepadatan penggunaan trafik di sesuatu jalan.

“Di sini sudah ada hampir enam taman dan puluhan kilang, selain tempat simpanan kenderaan berat tapi akses jalannya hanya satu. Bila waktu puncak jalannya sibuk dan membahayakan murid sekolah.

“Banyak infrastruktur dan kemudahan luar sekolah yang perlu dinaik taraf terutamanya lampu jalan, perparitan, bonggol serta jejantas untuk tujuan keselamatan murid sekolah,” katanya.

Orang awam, Lu Sing Siew, 59, berkata, sebelum ini kawasan sekolah terdapat papan tanda larangan kenderaan menggunakan jalan depan sekolah pada waktu puncak tapi ditanggalkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Memang sini bukan jalan utama tapi tak salah kalau masing-masing ambil tanggungjawab. Hanya tiga waktu (jam 6.30-8 pagi; jam 12-2 petang; jam 6-7 petang) kenderaan tak boleh lalu...jadi pemandu boleh atur jadual bagi mengelakkan bertembung pada waktu puncak.

“Kalau boleh memang mahu kurangkan penggunaan kenderaan depan sekolah, kalau ada jejantas di jalan utama bas sekolah tidak perlu lagi menunggu depan sekolah.

“Kita juga harap bonggol dan petak kuning di sini ditambah lebih daripada satu supaya kenderaan boleh memperlahankan kelajuan setiap kali melalui kawasan sekolah.

“Isu keselamatan ini perlu diambil serius, jangan bila ada kemalangan atau kehilangan nyawa baru kerajaan mahu bertindak,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 1 petang Selasa lalu mendapati kurang lima minit, lebih sepuluh kenderaan berat termasuk membawa muatan melalui kawasan hadapan sekolah itu.

Didapati juga murid berada di luar sekolah, duduk bertenggek atas tembok atau pagar sekolah sementara menunggu penjaga mengambil mereka pulang.

Difahamkan kemalangan kecil di kawasan tersebut melibatkan murid sekolah pernah beberapa kali berlaku, namun tidak melibatkan kehilangan nyawa.


Kemaskini pada 2016-10-25 11:23:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2019 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 1104621 Tarikh Kemaskini : 07-06-2020