Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
aero_orange_4-wallpaper-1920x1080.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

Profil Gombak

PROFAIL DAERAH GOMBAK


Daerah Gombak adalah sebuah daerah di dalam Negeri Selangor  yang diwujudkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan. Daerah Gombak merangkumi kawasan- kawasan yang disusun semula seperti berikut :

 

   > Sebahagian Mukim Ampang (Peralihan daripada daerah Hulu Langat)
   > Mukim Hulu Kelang (Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur) 
   > Sebahagian Mukim Setapak (Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur)
   > Sebahagian Mukim Batu (Peralihan daripada daerah Kuala Lumpur) 
   > Mukim Rawang (Peralihan daripada daerah Hulu Selangor / Kuala Selangor)


Daerah ini terletak di kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan :                       

  •    Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara

  •    Wilayah Persekutuan dan Daerah Hulu Langat di sebelah Selatan

  •   Daerah Kuala Selangor di sebelah Barat

  •   Daerah Petaling di sebelah Barat Daya

  •   Negeri Pahang Darul Makmur di sebelah Timur laut 



     

    Keluasan Daerah Gombak merangkumi 65,008 Hektar. Keluasan ini adalah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah-daerah lain dalam Negeri Selangor.    

    Keadaaan rupa bumi daerah ini adalah berbukit-bukit di kawasan timur, sebahagian kawasan utara dan barat. Manakala di kawasan 
    tengah, keadaan tanah melebihi kepada tanah pamah. Sungai- sungai utama yang mengalir daerah ini ialah Sungai Gombak, Sungai
     Klang dan Sungai Batu.

    Dari segi pentadbiran pengurusan, Daerah Gombak dibahagikan kepada 5 Mukim dan kampung-kampung. Mukim Rawang I merupakan mukim terbesar diikuti pula oleh Mukim Rawang II, Mukim Batu, Mukim Setapak dan Mukim Hulu Kelang. 

    Daerah Gombak ditadbirkan oleh 1 Pegawai Daerah, 5 orang penghulu dan 1 pegawai kemajuan kampung baru.

    Terdapat 49 buah kampung di daerah Gombak ini, ianya terdiri daripada 35 buah Kampung Tradisional dan 14 buah Kampung Baru.

    Kampung-kampung ini pula ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.


Kemaskini pada 2016-05-13 14:41:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2013 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor
No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 812363 Tarikh Kemaskini : 21-11-2018